Archive for the Category ◊ umum ◊

Mengutuk kekejaman Zionis Israil
Tuesday, June 01st, 2010 | Author: maalim

Tiada bahasa lagi yang boleh kita gunakan melainkan perkataan CELAKA ke atas regim zionis yahudi sebagaimana Allah telah gunakan ketika menyifatkan perbuatan Abu Lahab. Tragedi yang menyayat hati seluruh umaat islam telah berlaku dan apakah kita masih berdiam diri.
TIDAK !!!!
Hari ini saya lancarkan TABUNG JIHAD GAZA ASSOFEA. Lawan tetap Lawan.Sedarlah wahai muslimin bahawa kita tetap menjadi musuh Israil.Mereka akan membunuh kita nanti.

Category: umum  | Leave a Comment
Kenangan manis seorang guru.
Tuesday, May 18th, 2010 | Author: maalim

Bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna buat diriku. Apa tidaknya pada bulan inilah aku dilahirkan,pada bulan ini jugalah aku mula menjadi guru dan yang paling bermakna aku akan menyambut Hari guru pada tanggal 16 Mei bersama warga pendidik yang lain termasuklah 4 orang adik beradik ku yang menjadi guru.

Aku pernah mengajar sambilan di satu sekolah di kelantan. Semasa itu usiaku baru 20 tahun. Pengalaman pertama menjadi guru amat manis buatku. Tambahan pula anak muridku pelajar tingkatan 4 dan 5 yang usianya tidaklah jauh beza denganku. Wah..ramailah peminat.Bila hari guru akulah guru yang paling banyak dapat hadiah. yang beri hadiah pulak tu adalah pelajar perempuan.Jeolueslah guru-guru lain kepadaku. Sampai susuah hendak dibawa pulang kerana pada ketika itu aku hanya menunggang motosikal Honda 70 yang dihadiahkan oleh arwah ayahku.

Seteleh beberapa bulan aku mengajar di situ, pergaulanku dengan guru-guru yang lain cukup mesra. Aku masih ingat kepada bebera[a orang guru yang menjadi rakan sekerjaku. Begitu juga dengan anak-anak muridku. Cukup mesra sekali. Pada suatu hari aku ketika aku sedang mengajar tiba-tiba seorang pelajar perempuan bertanyakan latar belakang diriku. Aku serba salah dan segan sekali untuk berterus terang. Kenapa dia bertanyakan aku dan siapa dia ni, itu persoalan yang bermain di kotak fikiranku. Aku tidak menjawab kerana aku malu lebih-lebih lagi kepada pelajar perempuan. Tambahan pula soalan yang berlaitan peribadi dan keluarga. Dalam kelas itu bilangan pelajar lebih kurang 30 orang. Selalunya dalam kelas pelajar inilah yang sentiasa mengganggu emosiku sehingga aku terpaksa menyimpan beberapa persoalan.Entah kenapa aku terlalu sukar untuk berhadapan dengan pelajar ini.dia seorang yang pendiam dan pemalu. jarang sekali kulihat dia ketawa bersama kawan-kawan. Setiap kali aku melihatnya dia seolah-olah memerhatikanku.Diwajahnya juga tersimpan seribu persoalan. Siapa nama awak? Aku memberanikan diri,seolah-olah tiada apa-apa dihatiku. Nama saya Aminah jawabnya selamba tapi penuh jelas. Aku belek buku tulis yang terletak di atas meja dan tertera nama Aminah binti Yaacob. Nama ayahnya sama dengan nama datukku. Hatiku berdetik dan terus teringat kepada cerita ayahku sebelum ini. Ayahku punyai seorang adik bongsu daripada berlainan ibu. Tidak pernah dia bawa kami jumpa atau mungkin waktu belum sampai.Mengikut ayahku arwah datukku mempunyai ramai isteri dan yang bongsu adiknya bernama Aminah. aku panggil aminah selepas kelas itu dan beberpa persoalan di hatiku hampir terjawab.

Hujung minggu itu aku balik kampung mememui ayahku.Ayahku dengan gembira mengesahkan itulah ibu saudaraku. Patutlah dalam kelas aku hampir tidak boleh mengajar pelajar ini. Semacam ada persoalan dan persamaan antara kami. Rupanya Aminah ini adalah mak saudaraku yang belum pernah aku jumpa. Kini maksu ku ini sangat dekat denganku. Tuhan mempertemukan ku denganya ketika aku menjadi guru di dalam kelas. Kini aku cukup bangga menjadi seorang guru.

Category: umum  | Leave a Comment
Manusia,waktu dan arah tuju.
Tuesday, April 20th, 2010 | Author: maalim

Semenjak kebelakangan ini waktuku amat padat. Jadual rutinku bagaikan seorang bapak menteri. Keluar rumah pada pukul 6.30 pagi dan balik pada pukul 9.00 malam. Aku jangkakan akan berlanjutan keadaan ini selama 2 minggu. Tapi tak mengapa kerana aku bukan menghabskan masa begitu saja.Banyak perkara yang aku lakukan dalam seharian. Semuanya aku lakukan kerana Allah. Aku mencari rezeki untuk ku berikan untuk kepada sesiapa yang berhak. Di dunia ini kita mestilah menjadi orang yang berguna dan menggembirakan orang lain.
Sebagai seorang kakitangan awam aku melakukan semua tanggungjawab itu dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam waktunya. Tugasku di sini cukup mencabar. Tapi aku tak pernah give up kerana aku minat dengan pekerjaan ini. Banyak waktu ku peruntukkan di sini. Disamping itu ,aku juga menjadi rakan kongsi kepada beberapa buah syarikat kecil. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku bersyukur kerana partnerku itu sangat memahami tugasku. Di luar dia adalah partner manakala di rumah dia adalah isteri. Semuanya mampu kami atur mengikut jadual. Kepada isteri, sentiasa aku berpesan supaya banyak bersabar. Kepada partner,aku minta dia sentiasalah bermuhasabah. Namun isteriku seorang yang berjiwa kental. Banyak lagi yang dia usahakan tanpa penglibatanku. Aku kagum dengannya.
Kepaada pembaca budiman saya nasihatkan supaya janganlah putus asa, berusahalah bersunggu-sungguh jangan lakukan sesuatu sambil lewa sahaja dan yang penting niat kerana allah. Seterusnya hampirilah Allah penguasa yang memiliki alam.

Category: umum  | 2 Comments
BUAT BAIK BIAR PADA TEMPATNYA
Wednesday, January 13th, 2010 | Author: maalim

Disunting dari Sinar Harian

Ira adalah teman sebilik anak perempuan saya di hostel. Sebagai seorang siswi yang tinggal jauh daripada ibu dan bapanya, Ira kerap berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu. Itupun sekiranya dia tidak keluar berdating dengan teman lelakinya. Oleh kerana dia kerap datang ke rumah, selalu juga saya bersembang dengannya.

Pada suatu hari, Ira tampak muram. Lama sangat murungnya. Saya mengagak remaja sepertinya tidak mungkin bermuram begitu lama jika tidak kerana bermasalah dengan teman lelakinya. Oleh kerana risau dengan kerisauannya, saya mula menyelidik. Benar. Soalan saya dijawab dengan anggukan yang lemah, tanda dia tidak berdaya berdepan dengan problemnya.

Mengikutnya, semakin sehari, teman lelakinya kian bergantung kepadanya. Mula-mula sekadar meminjamkan buku-buku rujukan, kemudian teman lelakinya meminta pula nota-nota kuliah untuk disalin apabila dia ponteng. Sebagai teman, Ira ingin sekali membantu orang yang disayangi.

Namun, semakin sehari, teman lelakinya semakin menyalahgunakan kebaikan gadis itu. Bermula dengan belanja makan, si teman lelaki sudah mula meminta Ira membuat top-up telefon bimbitnya, meminjamkan wang, membelikan pakaian dan akhirnya membasuhkan juga pakaiannya. Saya nasihatkan Ira agar berfikir panjang mengenai masa depannya sebagai siswi. Sebagai orang yang belum bergaji, dia perlukan setiap sen wang PTPTNnya untuk menampung kos pengajiannya. Dia tidak boleh menanggung orang lain, apatah lagi seorang teman lelaki. Ya. Seorang lelaki.

Apa yang dihadapi oleh Ira menjadikan saya kian bimbang dan rimas. Ini adalah kerana, semakin sehari, saya makin kerap terdengar cerita lelaki-lelaki yang bukannya anak jantan. Mereka tidak berkeupayaan untuk berfikir dan memajukan diri. Berwawasan jauh sekali.

Sebilangan kecil je…  tapi awas.

Category: umum  | Leave a Comment
MASA ITU EMAS
Tuesday, December 29th, 2009 | Author: maalim

Alhamdulillah aku bersyukur kepada allah kerana aku telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku dalam tempoh masa yang telah ditetapkan..  Selama 3 hari kami  bermukim di Desaru Beach Hotel  bagi menjayakan projek tersebut.  Kata pepatah, “masa itu emas” . Walaupun dalam waktu itu aku sememangya sibuk dengan rutin tugas yang sangat  penting namun demi tanggungjawabku kepada negara aku korbankan masa untuk menyelesaikannya..

Sepanjang tempoh itu aku berjaya melayani panggilan pelanggan,kerana bagiku setiap panggilan adalah bernilai. setiap pertanyaan perlu dijawab. Falsafahku SETIAP SOALAN MESTI ADA JAWAPAN.

Cuti persekolahan tahun ini sangat singkat kurasa. Rangcanganku untuk menghabiskan cuti persekolahan dengan melayan anak-anak tidak dapat aku penuhi sepenuhnya.  Masa terus berlalu meninggalkan kita. Tahun 2009 berbaki 2 hari lagi.  Esok dan lusa sahaja yang tinggal. Esok aku akan berjumpa kontraktor, lusa aku akan kembali ke sekolah. kedua-dua hari itu sangat penting bagiku. Maka benarlah kata pepatah “Time is Golden”.

Category: umum  | Leave a Comment
RANCANG AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Sunday, November 22nd, 2009 | Author: maalim

Sempena cuti sekolah akhir tahun kali ini sudah tentu para ibu bapa akan sibuk dengan beberapa aktiviti anak-anak.Ada yang sudah merancang dari awal lagi untuk membawa keluarga balik kampong,ada yang merancang untuk pergi bercuti dalam nergeri maupun luar negeri. Tapi tak kurang juga yang akan menghabiskan cuti persekolahan ana-anak ini dengan tidak melakukan apa-apa aktiviti. Maka rugilah bagi mereka yang berkenaan. Justru bagi mengelak keadaan yang demikian maka ibubapa kenalah bijak merancang masa cuti anak-anak.
Saya juga menyarankan agar ibubapa membuat plan bagi setiap anak. Mungkin anak pertama tak sama aktivitinya dengan anak kedua dan seterusnya. Elok juga ibubapa merancang untuk mereka sendiri. Perancangan ini hendaklah mengambil kira beberapa aspek kewajaran supaya aktiviti yang dilakukan ini akan memberi impak yang baik dan berkesan. Faktor kewajaran ini pula haruslah ditunjangi dengan elemen pembinaan sakhsiah,penambahan ilmu dan percambahan minda. Bagi ibubapa yang sibuk bekerja haruslah juga memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak. Jangan biarkan mereka melakukan aktiviti yang membuang masa dan lebih teruk lagi yang tidak sihat.

Category: umum  | Leave a Comment
PEMAIN KELANTAN LEMBIK,PENYOKONG YANG KUAT
Sunday, November 08th, 2009 | Author: maalim

Saya sudah menjangka keputusan perlawanan akhir piala malaysia antara Kelantan dengan negeri 9 sebentar tadi. Tahniah kepada negeri sembilan ? Memang anda layak menang. Beberapa pemain negeri 9 boleh saya beri bintang. Permainan yang cukup konsisten dan bertenaga. Berbeza dengan pasukan kelantan yang kelihatan lembik dan tak bermaya. Tapi penyokongnya sangat bertenaga dan gagah. Walaupun saya anak kelate dan menyokong The Red Warriors namun saya berasa geram dan marah dengan gelagat penyokong kelatan yang tak reti sesuaikan keadaan,menghormati orang lain dan menjaga hak kepentingan awam.Perlakuan membakar mercun,membaling botol air ke padang,melempar bom asap,membaling batu,membakar kerusi tempat duduk,memecah pagar stadium sehinggalah membakar kain pemidang dan bendera sendiri adalah bukti bahawa penyokong kelantan tidak boleh dibawa masuk majlis. Saya berasa cukup malu kepada rakan-rakan saya “non kalantanese”. Kenapa perlu bertindak demikian?. Ganas puak demo, menoton perlawanan itu seperti berada di medan perang,semenanjung Gaza sempadan israil.Letupan bom api, dan bom asap tak henti-henti. Lihat saja dari arah mana sebenarnya penembak curi itu. more…

Category: umum  | Leave a Comment
PERMATA YANG HILANG
Thursday, November 05th, 2009 | Author: maalim

Datangnya dinanti
Bertakhta awalan disanubari
Betapa riang menjelma di hati
Ceria seribu ayah bonda
Terukir zahir wajahnya berseri.

Permata hati
Pengikat kasih suami isteri
Tatkala ayahnda berdiri teguh
Mencari rezeki sekuat besi
Bonda di laman bagai pertiwi
Memikul tugasan tak bertepi

Berlari waktu semakin dewasa
Putera dan puteri bertambah usia
Dibahumu haraapan ayah bonda
Mendakap bahagia membawa ke syurga.

more…

Category: umum  | Leave a Comment
CIRI-CIRI IKHLAS
Sunday, November 01st, 2009 | Author: maalim

1. Dia lupa kebaikan dirinya terhadap orang lain
2. Dia lupa kejahatan orang lain terhadap dirinya
3. Kita kena ingat kebaikan orang lain kepada kita.
4. Kita kena ingat kejahatan kita terhadap orang lain.

Category: umum  | Leave a Comment
Sunday, November 01st, 2009 | Author: maalim

RANCANG  MASA DEPAN ANDA DENGAN SISTEMATIK.

Ramai orang mengeluh kerana mempunyai masalah kewangan yang tidak sudah-sudah. Samada yang berkerja sendiri,makan gaji,kerja kerajaan maupun para peniaga. Setiap bulan tanpa kita sedari perbelanjaan kita meningkat,akhirnya kita terperangkap dengan bebanan hutang dan tanggungan yang menjerumus kepada massalah kewangan. Apabila perkara demikian berlaku kehidupan kita tidak akan tenteram dan membawa kepada masalah keluarga. Puncanya kerana kita gagal urus kewangan sendiri.

TIP KEWANGAN ini mungkin boleh anda jadikan sedikit panduan.
1.Buatlah bajet untuk diikuti oleh semua ahli keluarga.

2.Simpan walaupun sedikit. Mulakan sekarang.

3.Catat perbelanjaan bulanan lengkap anda selama 3 bulan untuk mengenalpasti perbelanjaan perlu dan tidak perlu dan buatkan perbandingan. Kos perbelanjaan tidak perlu masukkan dalam Tabungan Mini dirumah

4.Hentikan penggunaan kad kredit untuk sebulan dua dan rasakan perbezaaanya.

5.Bayar lebih dari jumlah minimum yang dituntut oleh syarikat kewangan jika ada. Cth ansuran kereta dan rumah.

6.Jika mendapat kenaikan atau bonus, simpankan kesemuanya.

7.Jangan berbelanja berlebihan. Ikut kaedah pilihan anatara perlu atau mahu.

8.Pastikan aliran wang keluar tidak melebihi wang masuk.

9.Jangan terpedaya dengan mana-mana skim cepat kaya

10.Jangan melabur selagi anda tidak memahami produk kewangan berkenaan.

Semoga kita dapat membina kewangan yang mantap.

Category: umum  | Leave a Comment