Archive for the Category ◊ travelog ◊

KENANGAN DI JAKARTA
Sunday, July 18th, 2010 | Author: maalim

Manusia begitu ramai sekali. Kadang-kadang kita akan terkejut dengan persekitaran di Kota Jakarta. Jalanraya sentiasa macet. Manusia bertali arus entah ke mana tujuannya. Gedung-gedung dan pasaraya di penuhi pengunjung. Kedai-kedai makan dan resto sentiasa penuh. Itulah sedikit gambaran kemajuan diJakarta. Namun tak kurang juga yang sebaliknya.
Yang itu tak mahu di ceritakan. Biarlah ia sekadar menjadi kenangan abadi.
Penduduk indonesia sekitar 200 juta orang. Muslim 90% manakala yang lain pelbagai agama. Ekonomi di kuasai oleh orang cina. Itulah sifat orang cina suka berusaha.
Cuaca di Indonesia sama dengan malaysia, hanya beberpa tempat saja berbeza sedikit seperti Kota Bandung ianya lebih sejuk. Tapi ada satu tempat di indonesia,hujan turun setiap hari iaitu Bogor. Kenapa

Category: travelog  | Leave a Comment
Mengenali Kota Guangzhou.
Thursday, April 01st, 2010 | Author: maalim

Guangzhou ialah sebuah kota yang  ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai.Terletak  di selatan negara Tembok Besar China . Merupakan sebuah bandar industri dan wholesale towm. Dikenali sebagai pusat borong dunia kerana semua hasilan industri China dihantar dan dijual di sini tidak kira industri kecil atau besar.  Ramai pemborong dari serata dunia berkunjung ke sini tidak kira masa lebih-lebih lagi pada musim “Canton Fair” yang di adakan 5 kali  setahun. Kawasan yang seluas tiga padang bola itu akan dilimpahi puluhan ribu peniaga dan pembeli untuk mendapatkan barang yang murah. Itulah Guangzhou kota kambing.

Bandar ini juga dikenali sebagai Kota Kambing sempena lagenda lima dewa yang menunggang haiwan itu datang membantu rakyat yang dilanda bencana satu masa dulu dan kononnya haiwan itu terus ditinggalkan di situ untuk melindungi rakyat dalam kesusahan. Tidak hairanlah, setiap kali menikmati juadah tengah hari atau malam di restoran Islam sekitar Guangzhou, kami pasti dihidangkan daging kambing.

Untuk makluman, Guangzhou juga bakal menjadi tuan rumah temasya Sukan Asia 2010 dan sudah pasti maskot yang dipilih adalah jelas - tidak lain tidak bukan  ialah kambing!

Yang mengisafkan kami ialah wujudnya Makam Saad bin Abi waqas yang terletak di bandaraya ini. Sejarah islam membuktikan bahawa islam sampai ke China lebih awal dari tanah melayu. Mengikut sejarah islam bahawa nabi Muhammad pernah bersabda “tuntutlah ilmu walau ke negeri china” . Cabaran itu telah di saahut oleh para sahabat. Saad bin Abi waqas adalah bapa saudaara nabi sebelah ibunya.Semasa perluasan kuasa tentera islam di hantar ke wilayah China dan Saad bin Abi waqas bertemu Maharaja china  dari dinasti Tang pada ketika itu dan mengislamkannya. kemudian islam terus berkembang di China hinggalah ke hari ini.

Sambung lagi….

Category: travelog  | Leave a Comment
Travelog to guanzhou,china
Thursday, March 25th, 2010 | Author: maalim

bisnes-trip-to-guanghzou-308

Memang menyeronokkan !  4 hari disana amat bermakna buatku dan isteri.  Tapi kami ada misi  ke sana. Nanti saya akan cerita bila tiba waktunya..  Disamping membawa misi itu saya juga mengambil kesempatan melawat tempat orang. Ini kali kedua saya ke China. saya akan bercerita lebih panjang nanti.bisnes-trip-to-guanghzou-033bisnes-trip-to-guanghzou-045bisnes-trip-to-guanghzou-081bisnes-trip-to-guanghzou-175bisnes-trip-to-guanghzou-298

Category: travelog  | Tags:  | Leave a Comment
Buat sedikit untung besar.
Saturday, January 09th, 2010 | Author: maalim

Ramai orang terlalu gembira dengan kedatangan tahun baru. Ada yang menyambutnya dengan meraikan pesta countdown.Ada yang berkumpul di Dataran-dataran tertentu. Tidak kurang juga yang meraikan di kelab-kelab malam sambil berhibur. Namun jarang sekali yang menyambutnya dengan bermuhasabah. Masa terus berlalu tahun berganti, sudah pasti usia semakin bertambah tua. Apakah kita telah sempurna melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab kita kepada Allah. Apakah pengorbanan kita yang paling besar pernah kita lakukan?

Allah SWT berbicara tentang masa yang mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia. setiap saat waktu yang mengiringi usia adalah satu peluang,samada kita mampu mengambil peluang itu dengan melakukan kebaikan ataupun perkara yang berfaedah ataupun tidak. Maka rugilah mereka yang tidak merebut peluang ini. Dalam peristiwa hijrah nabi SAW mencatatkan satu pengajaran yang sangat bermakna jika kita membuat sedikit kajian. Dalam perjalananhijrah ,sebelum Nabi sampai di Madinah,nabi SAW dan rombongan singgah di suatu tempat yang bernama Quba’. Disitu baginda mendirikan masjid. Pengajaran yang tersirat ialah apabila kita musafir atau pergi ke mana-mana dan kita singgah di masjid ataupun musalla maka dermalah untuk tabung masjid itu dengan harapan derma itu akan digunakan untuk pembinaan masjid atau untuk kebaikan ahlinya.Maka kita sentiasa berada dalam kebaikan  ,  kemenangan dan pertolongan Allah  sebagaimana yang telah berlaku kepada Junjungan kita Nabi SAW. Jadi marilah kita melakukan kebaikan dengan ikhlas agar usia kita tidak berlalu dengan sia-sia..  Lakukan sedikit lebih baik daripada tak buat langsung

Category: travelog  | Leave a Comment
SEDUTAN EMAIL - CERPEN SEBUAH KEHIDUPAN
Monday, November 30th, 2009 | Author: maalim

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar.. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini.. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…..hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

more…

Category: travelog  | Leave a Comment
DOA DI MASJIDIL HARAM DIMAKBULKAN SERTA MERTA.
Wednesday, November 11th, 2009 | Author: maalim

Ketika para jemaah haji berangkat meninggalkan kampung halaman menuju ke tanah suci aku teringatkan peristiwa yang telah berlaku ke atas diriku sendiri 18 tahun yang lampau. Peristiwa itu seringkali kali datang setiap kali tiba musim haji. Bukanlah maksudku untuk menceritakan kisahku semata-mata tetapi sebagai satu ingatan kepada sesiapa yang menjadi tetamu Allah. Sebelum ini aku pernah ceritakan peristiwa ini kepada keluarga terdekatku dan juga rakan-rakanku yang akan ke tanah suci mengerjakan ibaadah haji.
Peristiwa ini berlaku ketika aku dan kedua ibubapaku ketanah suci untuk mengerjakan haji. Pada ketika itu aku masih belajar di Kaherah ,mesir.

Aku bertolak dari Kaherah dengan menaiki kapal laut dan tiba di Pelabuhan Jeddah setelah 3 hari. Manakala kedua ibubapaku dari Malaysia mengikuti syarikat swasta bukan Lenbaga Tabung Haji. Sebelum berangkat kami telah berjanji akan berjumpa di sana sejurus sahaja sampai. Tetapi aku tidak tahu di mana ayah dan emakku tinggal. Dengan manusia yang begitu ramai di Mekah ketika itu adalah terlalu sukar bagiku untuk mencarinya. Tarikh ibubapaku sampai di mekah adalah sama dengan tarikh ketibaanku. Setelah sampai di Mekah pada ketika itu lebih kurang pukul 2.00 pagi aku terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Qudum sehinggalah masuk waktu subuh. Aku lihat manusia sangat ramai dengan memakai jubah putih dan telekung putih bagi perempuan menyebabkan penglihatanku hampir tidak dapat mengenali sesiapa. Selepas solat subuh aku teringatkan ayah dan ibuku yang aku kira mereka berada di dalam masjid ketika itu. Tak mungkin aku dapat jumpa meraka dalam keadaan begini. Aku keluar dari masjid dan berhenti diluar pintu Babussalam lalu menunaikan solat sunat hajat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah agar aku diketemukan dengan ayah dan ibuku pada ketika ini. Pada ketika itu manusia berduyun-duyun keluar dari masjid melalui pintu Babussalam selepas solat subuh.Pada ketika itu ramai manusia yang sedang solat dan berdoa di halaman luar pintu tersebut.  more…

Category: travelog  | One Comment
CATATAN PERJALANAN KE BEIJING
Saturday, October 31st, 2009 | Author: maalim

CATATAN PERJALANAN KE NEGARA CHINA.

Kesempatan cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2009 yang lalu aku membawa keluargaku melancong ke Negara China. Isteri serta empat orang anakku sibuk membuat persiapan semenjak 2 minggu sebelumnya. Berbagai persiapan telah dibuat samada beg pakaian mahupun makanan. Empat orang anakku begitu excited, maklumlah mereka belum pernah ke luar Negara. Aku dan isteriku adalah juga ke luar negara sekali setahun, lagi pun kami pernah belajar luar Negara.

Ideaku untuk melancong ke negara china bermula melalui keinginan untuk menakluki Tembok besar China salah satu perkara ajaib di dunia. more…

Category: travelog  | Leave a Comment