Archive for ◊ May, 2009 ◊

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
Friday, May 29th, 2009 | Author: maalim

Satu agenda perpaduan yang telah dibugarkan kembali oleh Mantan PM Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada tahun 2004. Melihat kepada masalah perpaduan kaum pada hari ini yang semakin longgar maka kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya iaitu meningkatkan semula jalinan perpaduan dikalangan rakyat negara kita yang tercinta.
Isu kaum,agama dan budaya semakin dilihat kurang dihormati antara satu sama lain pada hari ini. Sejarah membuktikan bahawa hanya dengan kerjasama kaum dapat menjayakan sesuatu matlamat. Allahyarham Tunku Abd Rahman mendapat sokongan yang kuat dari kaum cina dan india sehingga beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan dari pihak british. Tanpa perpaduan dan sokongan yang kuat pelbagai kaum barangkali agak sukar negara kita mencapai kemerdekaan dan kemajuan sepertimana yang kita kecapi pada hari ini. Jusrtu itu marilah saudara, kita bina negara kita ini dengan tangan yang penuh harmonis. Mulakan dengan diri kita,keluarga dan anak-anak didik kita. Kita pasti boleh sekiranya kita bersatu. “Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk, bikin muafakat.”

Category: umum  | Leave a Comment
KEUTAMAAN SESEORANG MUSLIM
Sunday, May 24th, 2009 | Author: maalim

Sebagai seorang muslim yang beriman sudah tentu ia selalu memikirkan tentang keutamaan di dalam melakukan sesuatu perkara. Keutamaan ini yang menjadi tunjang kepada sesuatu amalan. Allah menjadikan manusia di atas muka bumi ini semata-mata untuk beribadah kepadanya. Mencari keredhaan Allah dalam beribadah menjadi keutamaan. Persoalanya bagaimana cara untuk menjadikan ibadah itu sebagai suatu  keutamaan ?

Bagi Kaum lelaki saban minggu mendengar khutbah jumaat. Permulaan khutbah khatib akan berpesan dengan firman Allah SWT yang berbunyi maksudnya “bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, janganlah kamu mati melainkan kamu sebagai seorang muslim. Dengan roh taqwa sahajalah kita mampu meletakkan kepatuhan dan ketaatan sebagai keutamaan.

Taqwa akan rosak bila maksiat bermaharajalela.  Ilmu itu adalah cahaya. Allah lontarkan ia ke dalam hati manusia,bertindak ia sebagai lampu suluh penerang kehidupan. Namun ada virus yang boleh memadamkan cahaya tersebut. Virus itu adalah maksiat dan dosa.

Category: agama  | Leave a Comment