Archive for ◊ November, 2009 ◊

SEDUTAN EMAIL - CERPEN SEBUAH KEHIDUPAN
Monday, November 30th, 2009 | Author: maalim

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar.. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini.. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…..hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

more…

Category: travelog  | Leave a Comment
TUNTUTAN MENUNTUT ILMU
Monday, November 30th, 2009 | Author: maalim

Hadis nabi menyebut tentang kewajipan menuntut ilmu maksudnya , “ menuntut ilmu wajib ke atas lelaki muslim dan wanita muslimah.. , “ tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” , “tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri cina.”
Berdasarkan hadis-hadis di atas, saya menyeru anda semua dan diri saya supaya terus menuntut ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu kemudian dia mati dalam perjalanan itu maka dia adalah mati di jalan Allah.. sudah tentu kita semua mengharapkan mati dalam iman. Di akhirat nanti kumpulan yang ALLAH angkat darjatnya ialah orang yang beriman dan mempunyai ilmu.
Ilmu menjadikan seseorang itu mulia dan dihormati. Justru itu tuntutlah seberapa banyak ilmu.

RANCANG AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Sunday, November 22nd, 2009 | Author: maalim

Sempena cuti sekolah akhir tahun kali ini sudah tentu para ibu bapa akan sibuk dengan beberapa aktiviti anak-anak.Ada yang sudah merancang dari awal lagi untuk membawa keluarga balik kampong,ada yang merancang untuk pergi bercuti dalam nergeri maupun luar negeri. Tapi tak kurang juga yang akan menghabiskan cuti persekolahan ana-anak ini dengan tidak melakukan apa-apa aktiviti. Maka rugilah bagi mereka yang berkenaan. Justru bagi mengelak keadaan yang demikian maka ibubapa kenalah bijak merancang masa cuti anak-anak.
Saya juga menyarankan agar ibubapa membuat plan bagi setiap anak. Mungkin anak pertama tak sama aktivitinya dengan anak kedua dan seterusnya. Elok juga ibubapa merancang untuk mereka sendiri. Perancangan ini hendaklah mengambil kira beberapa aspek kewajaran supaya aktiviti yang dilakukan ini akan memberi impak yang baik dan berkesan. Faktor kewajaran ini pula haruslah ditunjangi dengan elemen pembinaan sakhsiah,penambahan ilmu dan percambahan minda. Bagi ibubapa yang sibuk bekerja haruslah juga memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak. Jangan biarkan mereka melakukan aktiviti yang membuang masa dan lebih teruk lagi yang tidak sihat.

Category: umum  | Leave a Comment
PENOLONG KANAN HEM JOHOR BAHRU
Saturday, November 14th, 2009 | Author: maalim

KURSUS PENGURUSAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

MINIT CURAI

Slot 1
Tajuk Ceramah: Budaya Kerja Cemerlang
Oleh En. Jamaluddin bin Abd Rahman

Tarikh: 26 Oktober 2009

Masa: 8.30 pm – 10.30 mlm

Objektif

1. Membolehkan peserta menganalisi isu-isu utama dalam perlaksanaan dan pengurusan pendidikan di sekolah dan cara-cara mengatasinya
2. Membolehkan peserta menilai sejauhmana mereka telah memainkan peranan dealam pengurusan pendidikan peringkat sekolah.
3. Meningkatkan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan efisien di sekolah melalui perancangan yang berkesan.
4. Mempertingkatkan keyakinan diri dan iltizam untuk menguruskan kurikulum, sahsiah, disiplin, kebajikan dan kokurikulum peringkat sekolah dengan lebih sistematik.

Petikan Seruan mantan Perdana Menteri YAB Abdullah Ahmad Badawi:
“…supaya semua sector perkhidmatan am membudayakan ‘High Performance Work Culture’”. more…

DOA DI MASJIDIL HARAM DIMAKBULKAN SERTA MERTA.
Wednesday, November 11th, 2009 | Author: maalim

Ketika para jemaah haji berangkat meninggalkan kampung halaman menuju ke tanah suci aku teringatkan peristiwa yang telah berlaku ke atas diriku sendiri 18 tahun yang lampau. Peristiwa itu seringkali kali datang setiap kali tiba musim haji. Bukanlah maksudku untuk menceritakan kisahku semata-mata tetapi sebagai satu ingatan kepada sesiapa yang menjadi tetamu Allah. Sebelum ini aku pernah ceritakan peristiwa ini kepada keluarga terdekatku dan juga rakan-rakanku yang akan ke tanah suci mengerjakan ibaadah haji.
Peristiwa ini berlaku ketika aku dan kedua ibubapaku ketanah suci untuk mengerjakan haji. Pada ketika itu aku masih belajar di Kaherah ,mesir.

Aku bertolak dari Kaherah dengan menaiki kapal laut dan tiba di Pelabuhan Jeddah setelah 3 hari. Manakala kedua ibubapaku dari Malaysia mengikuti syarikat swasta bukan Lenbaga Tabung Haji. Sebelum berangkat kami telah berjanji akan berjumpa di sana sejurus sahaja sampai. Tetapi aku tidak tahu di mana ayah dan emakku tinggal. Dengan manusia yang begitu ramai di Mekah ketika itu adalah terlalu sukar bagiku untuk mencarinya. Tarikh ibubapaku sampai di mekah adalah sama dengan tarikh ketibaanku. Setelah sampai di Mekah pada ketika itu lebih kurang pukul 2.00 pagi aku terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Qudum sehinggalah masuk waktu subuh. Aku lihat manusia sangat ramai dengan memakai jubah putih dan telekung putih bagi perempuan menyebabkan penglihatanku hampir tidak dapat mengenali sesiapa. Selepas solat subuh aku teringatkan ayah dan ibuku yang aku kira mereka berada di dalam masjid ketika itu. Tak mungkin aku dapat jumpa meraka dalam keadaan begini. Aku keluar dari masjid dan berhenti diluar pintu Babussalam lalu menunaikan solat sunat hajat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah agar aku diketemukan dengan ayah dan ibuku pada ketika ini. Pada ketika itu manusia berduyun-duyun keluar dari masjid melalui pintu Babussalam selepas solat subuh.Pada ketika itu ramai manusia yang sedang solat dan berdoa di halaman luar pintu tersebut.  more…

Category: travelog  | One Comment
PEMAIN KELANTAN LEMBIK,PENYOKONG YANG KUAT
Sunday, November 08th, 2009 | Author: maalim

Saya sudah menjangka keputusan perlawanan akhir piala malaysia antara Kelantan dengan negeri 9 sebentar tadi. Tahniah kepada negeri sembilan ? Memang anda layak menang. Beberapa pemain negeri 9 boleh saya beri bintang. Permainan yang cukup konsisten dan bertenaga. Berbeza dengan pasukan kelantan yang kelihatan lembik dan tak bermaya. Tapi penyokongnya sangat bertenaga dan gagah. Walaupun saya anak kelate dan menyokong The Red Warriors namun saya berasa geram dan marah dengan gelagat penyokong kelatan yang tak reti sesuaikan keadaan,menghormati orang lain dan menjaga hak kepentingan awam.Perlakuan membakar mercun,membaling botol air ke padang,melempar bom asap,membaling batu,membakar kerusi tempat duduk,memecah pagar stadium sehinggalah membakar kain pemidang dan bendera sendiri adalah bukti bahawa penyokong kelantan tidak boleh dibawa masuk majlis. Saya berasa cukup malu kepada rakan-rakan saya “non kalantanese”. Kenapa perlu bertindak demikian?. Ganas puak demo, menoton perlawanan itu seperti berada di medan perang,semenanjung Gaza sempadan israil.Letupan bom api, dan bom asap tak henti-henti. Lihat saja dari arah mana sebenarnya penembak curi itu. more…

Category: umum  | Leave a Comment
Thursday, November 05th, 2009 | Author: maalim

Bagaimana mencapai haji mabrur?

Secara umumnya, sebagai seorang yang taat kepada Allah dan Rasulnya yang ingin mencapai haji yang diterima di sisi Allah, hendaklah memenuhi kriteria berikut:

* Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riak (menunjuk-menunjuk).

Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith di atas dengan berkata;

“Mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan al-mabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak riak pada hajinya.”

Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah. more…

Category: agama  | Leave a Comment
KELEBIHAN SOLAT DARI SUDUT KESIHATAN
Thursday, November 05th, 2009 | Author: maalim

Ulama Mutaakhirin termasuk pakar-pakar perubatan telah menemui pelbagai rahsia daripada solat. Di antara hasil kajian mereka ialah:
1. Waktu yang paling berkesan dapat meredakan tekanan(release stress) ialah ketika sujud
2. Gerakkan di dalam solat mempercepatkan penghadaman makanan serta melancarkan perjalanan darah.
3. Kajian saraf oleh seorang pakar neurologi di Amerika syarikat telah mendapati terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah, sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara lebih normal. Setelah membuat kajian yang agak lama, barulah beliau menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf tersebut melainkan ketika sujud sahaja. Urat saraf tersebut memerlukan darah pada sukatan yang tertentu . Ketika sujud waktu solat merupakan jangka masa terbaik untuk darah memasuki urat tersebut.

Category: agama  | One Comment
PERMATA YANG HILANG
Thursday, November 05th, 2009 | Author: maalim

Datangnya dinanti
Bertakhta awalan disanubari
Betapa riang menjelma di hati
Ceria seribu ayah bonda
Terukir zahir wajahnya berseri.

Permata hati
Pengikat kasih suami isteri
Tatkala ayahnda berdiri teguh
Mencari rezeki sekuat besi
Bonda di laman bagai pertiwi
Memikul tugasan tak bertepi

Berlari waktu semakin dewasa
Putera dan puteri bertambah usia
Dibahumu haraapan ayah bonda
Mendakap bahagia membawa ke syurga.

more…

Category: umum  | Leave a Comment
CIRI-CIRI IKHLAS
Sunday, November 01st, 2009 | Author: maalim

1. Dia lupa kebaikan dirinya terhadap orang lain
2. Dia lupa kejahatan orang lain terhadap dirinya
3. Kita kena ingat kebaikan orang lain kepada kita.
4. Kita kena ingat kejahatan kita terhadap orang lain.

Category: umum  | Leave a Comment