Archive for ◊ December, 2009 ◊

MASA ITU EMAS
Tuesday, December 29th, 2009 | Author: maalim

Alhamdulillah aku bersyukur kepada allah kerana aku telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku dalam tempoh masa yang telah ditetapkan..  Selama 3 hari kami  bermukim di Desaru Beach Hotel  bagi menjayakan projek tersebut.  Kata pepatah, “masa itu emas” . Walaupun dalam waktu itu aku sememangya sibuk dengan rutin tugas yang sangat  penting namun demi tanggungjawabku kepada negara aku korbankan masa untuk menyelesaikannya..

Sepanjang tempoh itu aku berjaya melayani panggilan pelanggan,kerana bagiku setiap panggilan adalah bernilai. setiap pertanyaan perlu dijawab. Falsafahku SETIAP SOALAN MESTI ADA JAWAPAN.

Cuti persekolahan tahun ini sangat singkat kurasa. Rangcanganku untuk menghabiskan cuti persekolahan dengan melayan anak-anak tidak dapat aku penuhi sepenuhnya.  Masa terus berlalu meninggalkan kita. Tahun 2009 berbaki 2 hari lagi.  Esok dan lusa sahaja yang tinggal. Esok aku akan berjumpa kontraktor, lusa aku akan kembali ke sekolah. kedua-dua hari itu sangat penting bagiku. Maka benarlah kata pepatah “Time is Golden”.

Category: umum  | Leave a Comment
MIMPI SEORANG GADIS
Monday, December 14th, 2009 | Author: maalim

MIMPI  SEORANG  GADIS - MESTI BACA!

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”

Category: agama  | Leave a Comment
PENGAJARAN BERGUNA UNTUK KAUM WANITA.
Saturday, December 12th, 2009 | Author: maalim

Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.

Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri.

Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak. Segala ciri2 isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna.

Satu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba2 suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “

Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Ala bang, besok boleh tak?”

“Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.”

Antara sedar dengan tidak saya biarkan suami begitu saja dan saya terus tidur sambil membelakangkannya.

Apabila bangun pagi keesokkannya saya dapati suami sudah keluar. Teringat katanya2 malam tadi….astaghfirullah!!, besarnya dosa saya. Saya terus mencapai telipon berniat untk minta maaf. Beberapa kali mencuba masih tidak dapat.

Saya terus bersiap untuk ke pejabat. Tidak berapa lama hp saya berbunyi. Saya sangka dari suami tetapi kenapa suara lain. ”Maaf cik, ini panggilan dari polis. Saya jumpa talipon ada nombor cik. Cik kenal ke tuan talipon ni?”

“Ya, itu talipon suami saya, kenapa dengan dia?”

“Maaf, cik, dia terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat diselamatkan.”

Longlai seluruh badan. Kehilangan suami sudah cukup berat untuk ditanggung apatah lagi meninggalkan saya sebelum sempat memohon maaf dosa yang begitu besar. Terngiang2 katanya2..”Yang, kali ni je….lepas ni abang tak minta dah”. Dia sudah tahu yang dia nak pergi tapi saya yang bodoh mementingkan diri sendiri. Usaha saya menjadi isteri yang baik habis begitu saja dan neraka menunggu saya di depan.

Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini

Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.

Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran pada kita yang amat mudah terdedah dengan dosa tanpa kita sedari…

Category: agama  | Leave a Comment

Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka “Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.” (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”

Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

more…

Category: agama  | Leave a Comment