Memang menyeronokkan ! 4 hari disana amat bermakna buatku dan isteri. Tapi kami ada misi ke sana. Nanti saya akan cerita bila tiba waktunya.. Disamping membawa misi itu saya juga mengambil kesempatan melawat tempat orang. Ini kali kedua saya ke China. saya akan bercerita lebih panjang nanti.




Archive for ◊ March, 2010 ◊
Setelah seminggu aku tak menjengok laman ini,aku rasa rugi kalau tak dapat berkongsi dengan rakan-rakan. Bukan apa aku takut mindaku makin lama makin tumpul untuk menulis. Balik saja dari Cameron Highlands aku rasa badaan tak sihat. Pagi tadi aku terima watikah Pemimpin KRS, rasa macam bangga jugak tapi pangkat aje yang tinggi lain tak ada. Malam ini aku rasa nak berpantun sebagai menghilangkan boring.
Jangan gergaji pokok palas
nanti lesung dimakan pahat
Jangan menjadi orang yang malas
perut kosong badan tak sihat.
Gemuruh tubuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
nampak kambing pandai bersilat
Orang mengayam sambil duduk
kalau sudah bawa ke balai
melihat ayam memakai tanduk
Datang musang minta berdamai.
Anda bijak ? sila huraikan.



