jom saksikan keceriaan anak-anak kita.
Archive for ◊ May, 2010 ◊
Bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna buat diriku. Apa tidaknya pada bulan inilah aku dilahirkan,pada bulan ini jugalah aku mula menjadi guru dan yang paling bermakna aku akan menyambut Hari guru pada tanggal 16 Mei bersama warga pendidik yang lain termasuklah 4 orang adik beradik ku yang menjadi guru.
Aku pernah mengajar sambilan di satu sekolah di kelantan. Semasa itu usiaku baru 20 tahun. Pengalaman pertama menjadi guru amat manis buatku. Tambahan pula anak muridku pelajar tingkatan 4 dan 5 yang usianya tidaklah jauh beza denganku. Wah..ramailah peminat.Bila hari guru akulah guru yang paling banyak dapat hadiah. yang beri hadiah pulak tu adalah pelajar perempuan.Jeolueslah guru-guru lain kepadaku. Sampai susuah hendak dibawa pulang kerana pada ketika itu aku hanya menunggang motosikal Honda 70 yang dihadiahkan oleh arwah ayahku.
Seteleh beberapa bulan aku mengajar di situ, pergaulanku dengan guru-guru yang lain cukup mesra. Aku masih ingat kepada bebera[a orang guru yang menjadi rakan sekerjaku. Begitu juga dengan anak-anak muridku. Cukup mesra sekali. Pada suatu hari aku ketika aku sedang mengajar tiba-tiba seorang pelajar perempuan bertanyakan latar belakang diriku. Aku serba salah dan segan sekali untuk berterus terang. Kenapa dia bertanyakan aku dan siapa dia ni, itu persoalan yang bermain di kotak fikiranku. Aku tidak menjawab kerana aku malu lebih-lebih lagi kepada pelajar perempuan. Tambahan pula soalan yang berlaitan peribadi dan keluarga. Dalam kelas itu bilangan pelajar lebih kurang 30 orang. Selalunya dalam kelas pelajar inilah yang sentiasa mengganggu emosiku sehingga aku terpaksa menyimpan beberapa persoalan.Entah kenapa aku terlalu sukar untuk berhadapan dengan pelajar ini.dia seorang yang pendiam dan pemalu. jarang sekali kulihat dia ketawa bersama kawan-kawan. Setiap kali aku melihatnya dia seolah-olah memerhatikanku.Diwajahnya juga tersimpan seribu persoalan. Siapa nama awak? Aku memberanikan diri,seolah-olah tiada apa-apa dihatiku. Nama saya Aminah jawabnya selamba tapi penuh jelas. Aku belek buku tulis yang terletak di atas meja dan tertera nama Aminah binti Yaacob. Nama ayahnya sama dengan nama datukku. Hatiku berdetik dan terus teringat kepada cerita ayahku sebelum ini. Ayahku punyai seorang adik bongsu daripada berlainan ibu. Tidak pernah dia bawa kami jumpa atau mungkin waktu belum sampai.Mengikut ayahku arwah datukku mempunyai ramai isteri dan yang bongsu adiknya bernama Aminah. aku panggil aminah selepas kelas itu dan beberpa persoalan di hatiku hampir terjawab.
Hujung minggu itu aku balik kampung mememui ayahku.Ayahku dengan gembira mengesahkan itulah ibu saudaraku. Patutlah dalam kelas aku hampir tidak boleh mengajar pelajar ini. Semacam ada persoalan dan persamaan antara kami. Rupanya Aminah ini adalah mak saudaraku yang belum pernah aku jumpa. Kini maksu ku ini sangat dekat denganku. Tuhan mempertemukan ku denganya ketika aku menjadi guru di dalam kelas. Kini aku cukup bangga menjadi seorang guru.

