BIODATA PENULIS
Saya seorang guru yang sedang bertugas di SMK. Tasek Utara 2, Johor Bahru. Berasal dari Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK. Sungai Pas Kuala Krai. Di peringkat menengah mendapat pendidikan di SMA Amir Indera Putra, Bachok dan menyambung pelajaran di Maahad Muhammadi Kota Bahru sehingga tingkatan 6 atas. Pernah menuntut di Maahad Tarbiah Islamiah( MATRI ) Tunjung Beseri Perlis.
Pada tahun 1989 hingga 1993 menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir. Mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1995. Mula berkhidmat sebagai Guru Pendidikan Islam bermula pada tahun 1995 di SMK. Tasek Utara, J.Bahru. Menjadi Pensyarah Sambilan di Institusi Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bahru. Kini menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006.
Menjadi Penasihat dan Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa buah Tadika dan Pusat Asuhan Kanak-kanak Swasta didaerah Johor Bahru
Antara negara yang pernah dilawati ialah Mesir, ArabSaudi, Pakistan , Syiria, Singapura, Indonesia, Jordan, Emiriah Arab Bersatu , Turki dan China.
SEKAPUR SIREH DARI PENULIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung MaalimBlog.com. Anda dijemput mengutarakan cadangan, idea dan apa jua komen yang membina. Tujuan utama blog ini ialah sebagai suatu wadah perkembangan ilmu. Anda juga diberi peluang untuk membuat perkongsian maklumat dengan rakan-rakan yang lain samada berbentuk kebajikan mahupun komersial.

